• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Junjung Kasih Atas Perkenan Sultan Selangor

oleh AK-47
26/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Selangor menjunjung kasih di atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hasrat menteri besar untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, PAS turut berterima kasih di atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR.

“PAS Selangor telah mengambil maklum terhadap titah Tuanku DYMM Sultan Selangor melalui kenyataan khas terhadap kedudukan Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

“PAS menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan serta berterima kasih di atas pendirikan yang dibuat oleh PKR,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi ketegasan bahawa keputusan tahaluf siyasi adalah berkaitan dengan persediaan menghadapi pilihan raya akan datang dan tidak berkait dengan urus tadbir kerajaan negeri.

Sallehen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak berkata, PAS Selangor juga mengambil pendirian bahawa putus tahaluf tidak bermakna putusnya hubungan kerjasama lain antara parti.

“Kita mengambil pendirian bahawa putus tahaluf bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan. Bahkan akan terus memperkukuhkannya.

“PAS Selangor melalui tiga Exco dan 10 wakil rakyatnya akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka bersama menteri besar dan kesemua Exco dan wakil rakyat kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Isu berhubung kedudukan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor ini mula timbul selepas PAS menerusi Majlis Syura Ulamak membuat keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Tindakan PAS itu dibuat berikutan PKR dikatakan telah melanggar beberapa syarat kerjasama yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Berikutan tindakan PAS itu, PKR dalam satu mesyuarat Biro Politik Keadilan yang diadakan di ibu pejabat parti itu membuat keputusan untuk mengarahkan semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan serta merta.

Penganalisis politik tempatan berpendapat, tindakan PKR itu hanyalah sebagai satu ‘sindiran’ kepada PAS yang dilihat enggan melepaskan Exconya daripada jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=6_N-aa5m7gw

Tags: ExcoPASSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Patik percaya kelima-lima prinsip ini (Rukun Negara) tidak boleh difahami secara terpilih, tetapi perlu dihayati secara menyeluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd