• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera ‘Beret Merah’ Thai Kawal Rumah Kerajaan

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Tentera Thailand telah mengerahkan kira-kira 30 anggota “Beret Merah” untuk mengawal Rumah Kerajaan dalam usaha untuk mempertingkatkan keselamatan di bangunan-bangunan kerajaan dua hari selepas sebutir bom meletup di sebuah hospital yang dikendalikan oleh pihak tentera.

Rumah kerajaan itu yang melambangkan tampok kuasa kerajaan menempatkan pejabat Perdana Menteri dan pejabat menteri kabinet yang lain.

Tentera “Beret Merah” yang cukup terlatih itu dari Markas Peperangan Khas Tentera dilihat memeriksa bangunan dan kemudahan dalam Rumah Kerajaan bagi memastikan langkah-langkah keselamatan berada pada tahap tertinggi.

Susulan insiden letupan di Hospital Pramongkutklao yang meragut 21 nyawa, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Jen Prawit Wongsuwan mengarahkan kawalan keselamatan terutama di bangunan kerajaan dan tempat awam dipertingkatkan.

Prawit juga bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri.

Letupan di hospital tersebut yang disebabkan oleh bom paip berlaku genap seminggu selepas bom paip meletup di hadapan bangunan Teater Nasional dekat Sanam Luang di Bangkok, menyebabkan dua orang cedera ringan.

Satu bom paip juga meletup bulan lalu di hadapan bangunan Loteri Nasional di Jalan Ratchadamnern, menyebabkan dua orang dimasukkan ke hospital kerana cedera ringan. – BERNAMA

Tags: Tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM11 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd