• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

62,000 Syarikat Tidak Ikrar, Gagal Bayar GST

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 62,000 daripada 441,000 syarikat yang berdaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenal pasti tidak mengikrar dan gagal membayar jumlah cukai dengan sempurna kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ketua Pengarah Kastam Datuk T Subromaniam berkata, pihaknya telah menghantar notis peringatan mesra kepada 21,000 syarikat pada fasa pertama minggu lepas dan akan menghantar notis sama kepada 41,000 lagi syarikat bagi fasa kedua dalam minggu ini.

Beliau berkata notis peringatan mesra itu adalah pendekatan yang diperkenalkan menerusi dasar baharu jabatan yang menumpukan kepada pematuhan melalui pendidikan berbanding pendekatan sebelumnya, pematuhan melalui penguatkuasaan.

“Syarikat terlibat boleh menyemak notis ini melalui ‘Taxpayer Access Point’ masing-masing. Saya meminta syarikat yang terlibat bertindak segera membuat pembetulan pengikraran, seterusnya mengambil peluang membayar amaun GST yang sepatutnya dibayar.

“Mereka diberi tempoh tiga bulan dari tarikh notis dihantar untuk berbuat demikian, jika gagal, tindakan tegas akan diambil kerana tempoh tiga bulan itu sudah cukup munasabah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 JKDM Sabah hari ini.

Turut hadir Pengarah JKDM negeri Datuk Dr Jonathan Kandok.

Subromaniam berkata notis itu diberikan melalui hasil semakan, penyata GST-03 dan lain-lain maklumat yang didapati tidak sepadan atau terdapat kesilapan sama ada disengajakan atau tidak termasuk pengikraran yang rendah.

Di Sabah, katanya, sebanyak 3,378 syarikat yang beroperasi di sini dikenal pasti tidak mengikrar dan membayar amaun GST yang kurang daripada sepatutnya.

Beliau berkata kebanyakan syarikat itu terdiri daripada sektor peruncitan termasuk pengusaha restoran dan outlet hiburan.

Dalam perkembangan lain, Subromaniam berkata prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini, turut melambangkan peningkatan kepenggunaan.

“Apabila kepenggunaan meningkat, hasil kutipan GST juga meningkat,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd