• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Naik 4 Sen Minggu Terakhir Mei

oleh
25/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan untuk tempoh seminggu berikutnya menyaksikan kesemua jenis minyak naik sedikit empat sen.

Ia sudah dijangka susulan tindakan secara mengejut Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan pengeluar termasuk Rusia bersetuju untuk mengurangkan lagi bekalan minyak mentah di pasaran dunia.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu produk RON 95 kini menjadi sebanyak RM2.12 seliter berbanding sebelumnya iaitu RM2.08 seliter.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.40 seliter juga naik empat sen dibandingkan sebelumnya iaitu RM2.36 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama diumumkan menjadi RM2.03 seliter iaitu menokok empat sen berbanding hanya RM1.99 seliter ketika tempoh sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan tersebut melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 25 Mei sehingga 11.59 malam 31 Mei depan.

Mulai Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan pendek. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ron 95Ron 97
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga RON97 Naik Dua Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

23/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga bagi RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 24...

Harga RON95 Dipastikan Tidak Meningkat Mendadak Apabila Diapungkan

10/12/2018
0

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar, tidak meningkat dengan margin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd