• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Politik Selangor: PKR Setuju Kekal 3 Exco PAS

oleh AK-47
25/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – PKR menerusi Biro Politiknya bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa, PKR yakin dengan kepimpinan Azmin untuk terus menerajui kerajaan negeri Selangor demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

“Biro Politik Keadilan mengambil maklum penjelasan yang diberikan oleh Datuk Menteri Besar Selangor berhubung perkara ini.

“Azmin menjelaskan, walaupun mereka bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor dari PAS bersetuju untuk sokong dasar kerajaan Selangor.

“Ia berasaskan kepada ‘Buku Jingga’ serta meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor,” kata Wan Azizah dalam satu kenyataan.

PAS pada masa ini mempunyai tiga exco di Selangor – iaitu ADUN Chempaka, Iskandar Samad; ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi.

Pendirian terbaharu PKR yang dinyatakan Wan Azizah itu nyata agak lucu apabila mendakwa parti tersebut juga bersetuju dengan pendekatan yang diambil Azmin untuk menjamin kestabilan kerajaan negeri Selangor.

Ada penganalisis politik tempatan melihat ia sebagai ‘tutup malu’ kerana Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebelum ini bertegas mahu PAS keluar dari kerajaan Selangor jika putus hubungan dengan PKR.

“Biro Politik turut bersetuju dengan pendekatan diambil Menteri Besar Selangor bagi jamin kestabilan dan meneruskan usaha melaksanakan pembangunan negeri selaras mandat rakyat pada PRU13,” dalih Wan Azizah.

Terdahulu, PKR terpaksa mengadakan mesyuarat Biro Politik lewat Selasa bagi mendengar taklimat daripada Azmin berhubung kedudukan sepatutnya tiga Exco PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Isu keputusan muktamad Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS dan PKR turut dibincangkan pada taklimat berkenaan di ibu pejabat parti tersebut di sini.

PAS menerusi Majlis Syura Ulama baru-baru ini memutuskan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR atas alasan parti itu melanggar beberapa syarat kerjasama terbabit.

Namun, walaupun kerjasama itu telah diputuskan, PAS dilihat ‘berdegil’ untuk masih mengekalkan tiga Exconya dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Berikutan itu, PKR pula seolah-olah ‘menyindir’ PAS dengan mengarahkan kesemua lantikan politik PKR di Kelantan untuk meletakkan jawatan serta merta.

Kemelut ini bermula apabila PKR dilihat lebih cenderung untuk menyebelahi parti rasis DAP dalam Pakatan Rakyat di mana DAP dan PAS berselisih pendapat dan tidak lagi sehaluan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=3SaEENilhiA

Tags: PASPKRTahaluf Siyasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd