• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Ramai Anggota Polis Berkhidmat Di Lapangan

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah mentransformasi pasukan polis melalui inisiatif Kepolisan Moden menjurus kepada kira-kira 10 peratus tenaga manusia atau 11,500 anggota polis dapat ditugaskan semula untuk berkhidmat di lapangan.

Menurut Laporan Tahunan 2016 Program Transformasi Negara (NTP), penambahbaikan teknologi akan terus dilakukan untuk mengurangkan pertindihan tugas dan seterusnya memberi lebih banyak masa kepada anggota polis untuk membuat rondaan dan menjalankan tugas kepolisan teras yang lain.

Fasa Pertama bagi 10 inisiatif Kepolisan Moden disempurnakan pada 31 Okt 2016, dengan pelaksanaannya diterajui Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur serta 24 balai polis di bawah seliaannya.

Inisiatif itu termasuk perubahan kaedah pemfailan laporan daripada manual secara tulisan tangan kepada kaedah pemfailan elektronik.

“Program Kepolisan Moden ini turut memberi penekanan kepada tugas rondaan lebih menyeluruh dan berkesan sekali gus meningkatkan kredibiliti dan keyakinan rakyat terhadap pasukan polis,” kata laporan itu yang dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, menurut laporan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pendekatan lebih tegas dalam penguatkuasaan undang-undang bagi pelanggaran undang-undang lazim.

Sehingga Disember 2016, polis mengeluarkan 1.67 juta saman dan 665,111 daripadanya telah dijelaskan dengan jumlah kutipan kira-kira RM81.3 juta.

Bagi 2017, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah akan berusaha mencapai sasaran lebih tinggi bagi kutipan saman iaitu 40 peratus berbanding 30 peratus pada 2016, menurut laporan itu.

NKRA Mengurangkan Jenayah berjaya mengurangkan Indeks Jenayah sebanyak 47 peratus dalam tempoh 2010 hingga 2016, dengan memperlihatkan bilangan kes jenayah menurun daripada 209,817 kes pada 2009 kepada 112,354 pada 2016.

Secara keseluruhannya, NKRA Mengurangkan Jenayah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 118 peratus, melebihi sasaran yang ditetapkan bagi 2016, kata laporan itu. – BERNAMA

Tags: polis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd