• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah Dalam Kerajaan Terus Ditangani

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha memerangi rasuah dalam kerajaan terus dipergiatkan, dengan 74.4 peratus kes rasuah telah diselesaikan dalam tempoh setahun kes didaftarkan di mahkamah, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri datuk Paul Low Seng Kuan di dalam Laporan Tahunan 2016 Program Transformasi Negara (NTP).

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan tugas dengan efisien untuk memastikan kes-kes berjalan lancar.

“Penubuhan 14 mahkamah khas rasuah telah membolehkan badan kehakiman Malaysia mendengar dan mengadili kes-kes dalam jangka masa lebih pendek,” katanya dalam laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, lebih 96.6 peratus isu-isu yang diketengahkan dalam laporan 2014 siri 1-3 Ketua Audit Negara berjaya ditangani dan diselesaikan dalam tempoh setahun selepas dibentangkan di Parlimen.

“Ini merupakan pencapaian yang membanggakan dan menyerlahkan keberkesanan SPRM dalam menyiasat kes-kes tersebut selain komitmen NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Membanteras Rasuah terhadap tadbir urus yang bersih,” kata beliau.

Secara keseluruhan, NKRA ini mencapai 79 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan bagi 2016.

Laporan itu seterusnya menarik perhatian bahawa pembaharuan tadbir urus pembiayaan politik merupakan perkara penting kepada NKRA Membanteras Rasuah sejak NKRA itu diperkenalkan pada 2009.

Low berkata pada Oktober 2016, Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) membentangkan usul kepada Kabinet dalam menuntut ketelusan lebih tinggi daripada parti politik berhubung keperluan pelaporan dan pendedahan derma politik yang ketat.

Ia antara lain mencadangkan pengenalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA).

Cadangan PDEA ini berfungsi sebagai platform yang sesuai untuk mewujudkan sistem yang berkesan bagi pembiayaan politik meliputi bidang pentadbiran derma politik, pembelanjaan dan pendedahan pembiayaan politik, pembiayaan negeri bagi aktiviti politik dan hubungan antara politik dengan peniagaan.

Beliau berkata , Akta berkenaan juga akan meningkatkan dan menambah baik undang-undang sedia ada termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta Kesalahan Pilihan Raya, Akta Pertubuhan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Proses kontrak kerajaan juga dijangka diperbaharui untuk mengurangkan kemungkinan bantuan politik, katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd