• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Salman Tegur Donald Trump Minum Tangan Kiri

oleh
24/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Sama ada kurang sensitif budaya tempatan atau tidak sengaja kerana jahil, aksi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ditegur Raja Arab Saudi memang mencuit hati ramai netizen.

Bayangkan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud selamba boleh ‘marah’ ketua kerajaan negara kuasa besar dunia itu yang dikatakan hanya minum sejenis air tradisional masyarakat Arab Saudi dengan menggunakan tangan sebelah kiri.

Rakaman video amatur berdurasi selama 19 saat yang dimuat naik datguy @khalidinho itu menunjukkan Trump pada mulanya minum dengan tangan kiri sebelum beliau menukar kepada sebelah kanan setelah ditegur baginda.

Ia dirakamkan ketika presiden paling tua dalam sejarah AS itu julung kali menghadiri Sidang Kemuncak Riyadh 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdulaziz di sini selama dua hari yang bermula Sabtu minggu lalu.

Menerusi video eksklusif itu, Trump bagaimanapun kelihatan bertindak profesional apabila segera akur dengan titah spontan Raja Salman malah menikmati minuman itu dengan berkata: “Oh it’s great! (Oh air ini hebat!).”

Ternyata aksi bersahaja kedua-dua pemimpin hebat tersebut turut menerima reaksi positif pengguna Twitter dari seluruh dunia apabila diulang kicau lebih 12,000 kali, bahkan menerima sambutan baik hampir 9,000 tanda suka.

Baca: Video Raja Salman Tinggalkan Obama Untuk Solat Asar

Ini merupakan kali pertama Trump melakukan lawatan rasmi ke luar negara sejak dilantik sebagai presiden AS yang ke-45 pada 20 Januari lalu, sekali gus membuktikan pengiktirafan beliau terhadap pengaruh negara-negara Islam.

Ada netizen mendakwa, langkah diplomatik Trump itu sebagai menghormati Raja Salman selepas baginda bersetuju menandatangani perjanjian pembelian senjata bernilai AS$350 bilion iaitu terbesar dalam sejarah moden dunia.

Untuk rekod, ketika Barack Obama menghadap Raja Salman pada 2015, pemimpin AS itu juga terpaksa menunggu baginda yang mengenepikan protokol apabila pergi menunaikan solat fardu Asar sejurus azan berkumandang.

Seramai 54 pemimpin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hadir sidang itu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Turut serta sesi bersejarah tersebut ialah Raja Jordan, Raja Abdullah II; Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas; Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Raja Salman Abdulaziz Al Saud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Salman Agih 20,000 Al-Quran, Terjemahan Seluruh Malaysia

23/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bakal mengagihkan sejumlah 20,000 naskhah al-Quran dan terjemahannya...

Runtuhan Kren Makkah: Waris Jemaah Haji Terima Pampasan

14/01/2020
0

PUTRAJAYA - Seramai tujuh waris jemaah yang terkorban dalam insiden runtuhan kren pada musim haji 2015 yang lalu menerima SR1...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd