• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Tolak Jodoh Dengan Tunang Lama

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Jika ada jodoh, Mohd Zulkifli Jefri, 54, iaitu rakyat Malaysia yang terkandas di Kemboja selama 24 tahun itu tidak menolak ketentuan jika disatukan kembali dengan bekas tunangnya Musyahadah Hassan, 46, dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun, dia berkata keputusan itu perlu mengambil kira persetujuan tiga anaknya, Mohd Abadi, 29, Mohd Asmadi, 28 dan Syakila, 25, hasil daripada perkahwinan dengan bekas isterinya pada 1987.

“Kita mahu pendapat anak-anak juga…saya sendiri, jika semua anggota keluarga setuju, saya terima kerana saya tidak mahu melukakan hati dan perasaan anak-anak dan jika mereka bersetuju saya akan teruskan,” katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Zulkifli dan Musyahadah mempunyai hubungan kekeluargaan dan bertunang pada 1980 sebelum memutuskan untuk berkahwin dengan bekas isterinya.

Dalam pada itu, abangnya, Mohd Said Jefri, 57, berkata rancangan menyatukan adiknya dengan Musyahadah itu telah dibincangkan dan dipersetujui keluarga kedua-dua belah pihak.

“Musyahadah sendiri tidak pernah mendirikan rumah tangga, mungkin ini jodoh mereka,” katanya sambil menambah jika tiada halangan rancangan perkahwinan itu akan diteruskan pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Sementara itu, ketibaan Mohd Zulkifli di kampung halamannya di Tambisan dekat sini, petang semalam disambut dengan kegembiraan oleh anak-anak dan seluruh anggota keluarganya.

Anak keduanya, Aswadi berkata peluang mendakap ayahnya kembali seperti bermimpi, kerana sejujurnya dia dan adik-beradiknya yang lain menyangka ayahnya telah meninggal dunia.

“Kami juga pernah membuat tahlil di masjid kerana menganggap beliau sudah tiada,” katanya lagi.

Syakila (anak ketiga) pula menyifatkan Allah memakbulkan doanya untuk bertemu dengan ayahnya selepas ditinggalkan tanpa khabar berita ketika berusia dua tahun.

“Saya tidak pernah terbayang wajah ayah dan tidak terfikir bila dapat cium, peluk ayah…pertemuan ini macam ndak (tidak) percaya.

“Tapi dalam hati, saya sentiasa berharap dapat jumpa beliau walaupun tidak tahu rupa dan Alhamdulillah, Tuhan kabulkan doa kami,” katanya dengan nada sebak.

Pada Sabtu, Mohd Zulkifli yang sebelum ini dilaporkan terkandas di Kemboja kerana ketiadaan dokumen perjalanan, disambut oleh empat anggota keluarganya termasuk bapa saudaranya, Mustapah Ali, 57, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). – BERNAMA

Tags: kes hilangSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd