• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCom Laksana 651 Operasi Bersepadu Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merekodkan tangkapan 5,259 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 651 operasi bersepadu khas yang dijalankan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas.

Komandernya, Datuk DCP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata sepanjang tempoh itu, seramai 51,175 individu diperiksa dan 5,259 tidak mempunyai dokumen pengenalan diri telah ditahan.

“Dalam Operasi Gasak, kita turut merekodkan penahanan 834 PATI daripada 6,821 individu yang diperiksa…dalam operasi itu kita juga telah merampas 48 pam bot dan 55 enjin bot yang disyaki digunakan untuk aktiviti jenayah,” katanya kepada Bernama di sini.

Dalam pada itu, Abdul Bari berkata keadaan keselamatan di ESSZone adalah terkawal, namun perairan meliputi tujuh daerah iaitu Kudat, Tawau, Sandakan, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Beluran itu masih terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman termasuk aktiviti penyeludupan dan PATI.

“Langkah awal menangani ancaman ini kita (pasukan keselamatan) sentiasa bersiap sedia dan peka terhadap apa-apa maklumat atau perkhabaran sama ada daripada pihak keselamatan atau orang awam.

“Apabila kita dengar dan dapat maklumat kita ambil tindakan proaktif dengan meninjau, meronda dan melakukan pembersihan pada tempat yang dikatakan berpotensi berlaku aktiviti jenayah,” katanya.

Menurutnya, inisiatif mengekang ancaman jenayah itu tidak terhad di daratan tetapi turut meliputi perairan ESSZone dengan menggunakan aset-aset di laut.

Abdul Bari berkata langkah holistik juga diambil pasukan keselamatan bagi mengawal keselamatan di ESSZone dengan mewujudkan jaringan keselamatan bersama komuniti keselamatan kampung termasuk Felda serta pejabat daerah. – BERNAMA

Tags: EsscomSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd