• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pesara TUDM Hadapi Tuduhan Rasuah RM600,000

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan rasuah sebanyak RM600,000, enam tahun lepas.

Leftenan Kolonel (B) Kamal Baharin Nali, 48, dan Kapten (B) Fadzil Noor Alias, 38, didakwa memperoleh suapan daripada pemilik syarikat ARG Tech Sdn Bhd, Ab Rahim Ghalim melalui peguam, Wan Ahmad Idzham Wan Sulaiman, dalam bentuk dua keping cek Affinbank Bhd yang bernilai RM600,000.

Suapan itu sebagai upah membantu Ab Rahim mendapatkan bayaran tertunggak berjumlah RM14.5 juta bagi 52 invois ARG Tech Sdn Bhd untuk kerja-kerja kontrak.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di ARG Tech yang beralamat di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dekat sini, pada 14 Dis 2011.

Fadzil Noor pula dituduh bersubahat membantu Kamal Baharin menerima suapan itu daripada Ab Rahim melalui Wan Ahmad Idzham, di tempat dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 serta seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Peguam Datuk Jagjit Singh mewakili kedua-dua tertuduh manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahPesara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd