• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Lelaki Cetus Kekecohan Direman Sehingga Isnin

oleh Ahmad Albab
13/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sembilan lelaki ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan insiden penyokong bola sepak Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, Ahad lepas.

Majistret Farah Azura Mohd Saad mengeluarkan perintah reman itu bagi membolehkan kesemua suspek berumur antara 19 dan 29 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh.

Insiden itu berlaku apabila sekumpulan penyokong Harimau Malaya, yang kecewa setelah Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.

Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam cedera dipukul.

Pada aksi kedua di di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, semalam, Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Vietnam 4-2.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata sembilan suspek itu adalah antara 15 lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kesemua lelaki itu ditahan di sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor antara 10.30 malam tadi hingga awal pagi ini.

“Kita masih perlukan kerjasama baki enam individu lagi yang gambar mereka telah disiarkan di media untuk segera tampil bagi membantu pihak kami mempercepatkan siasatan.

“Kita jangka kita akan selesai siasatan dalam masa terdekat dan seterusnya merujuk kes ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, petang ini.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Thailand dalam aksi timbal balik di Bangkok pada 17 Dis dan Shah Alam pada 20 Dis. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd