• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – DUA wanita bermadu yang berusia 25 dan 35 tahun bukan sahaja berkongsi suami, malah sanggup berkomplot untuk mencuri barang kemas seorang suri rumah bernilai RM25,000, bulan lalu.

Lapor Berita Harian, kedua-dua wanita terbabit menyamar sebagai ‘jururawat palsu’ sebelum menyamun mangsa di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, Johor Bahru, kira kira jam 1 tengah hari, pada 7 April lalu.

Norhaslinda Resat, 36, dari Tangkak dan madunya, Nur Hidayatul Nadhrah Misman, 25, dari Kluang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencuri satu rantai emas, tiga gelang emas dan tiga cincin emas bernilai RM25,000 milik suri rumah, Zabaidah Aspan.

Bagaimanapun, kedua-dua madu berkenaan yang sebelum ini bekerja sebagai penjual penapis air tidak mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah sama, rakan subahat dua madu terbabit, Mohd Tarmizi Jamil, 30, yang berasal dari Felda Keratong, Muadzam Shah, Pahang, turut didakwa menerima harta curi dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,400 yang diketahui adalah hasil curi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi dan waktu sama, selain didakwa mengikut Seksyen 411 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim menetapkan jaminan RM6,000 setiap seorang bagi dua madu berkenaan manakala tertuduh lelaki diperintah membayar jaminan sebanyak RM5,000.

Mahkamah menetapkan sebutan kes itu pada 31 Mei ini dan pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: kes mahkamahmadumahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd