• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Terkejut Mat Over Jadi Tetamu Khas

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RUANG laman sosial menjadi hangat sekali lagi disebabkan oleh Mat Over.

Netizen tidak berpuas hati apabila sepanduk yang mempromosikan pelawak itu sebagai tetamu undangan dalam satu acara Hari Belia di Hulu Terengganu tersebar.

“Hanya di Malaysia anda akan diberi penghormatan yang tinggi apabila anda menampar seseorang di depan Perdana Menteri,” tulis Asrul Muzaffar melalui akaun Twitter miliknya.

Seorang pengguna Twitter, Mohsen Alkaff pula menulis: “Saya bukan sesiapa tetapi saya rela menggantikan Mat Over untuk Hari Belia di Terengganu.

“Bukan bermaksud saya ini bagus, tetapi saya lebih baik daripada dia.”

“Hari Belia bersama Mat Over. Adakah dia masih dianggap belia? Dia sudah berusia 60 tahun!” kata Aiediel Jamal di Facebook.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu, Datuk Rozi Mamat mengesahkan bahawa Mat Over dijemput pada Sabtu sebagai pengacara program “Santai Bersama Mat Over” dan program itu sudah dirancang sebelum insiden pelawak itu menampar penerbit, David Teoh pada Rabu lalu.

“Mat Over ialah orang tempatan dan dia sering dijemput menghadiri pelbagai acara,” kata Rozi ketika ditemubual pada Sabtu.

“Hal ini berlaku kerana insiden itu dan orang ramai mula menjadikan ia sebagai satu isu yang besar.”

Mat Over atau nama asalnya Sulaiman Yassin merupakan seorang pelawak dan dilaporkan telah menampar David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) di Seri Perdana, Putrajaya awal minggu ini. – The Star/mStar Online

Tags: Mat OverNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd