• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

84 Pengamal Media Sertai Kembara Media KDN

oleh Ahmad Albab
21/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 84 orang pengamal media membabitkan 21 kenderaan menyertai program mencari harta karun “Kembara Media KDN” dari sini ke Kuala Lumpur hari ini.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Zukri Valenteno berkata program itu menjadi platform memperkenalkan dasar, fungsi dan peranan kementerian kepada orang ramai, selain mengeratkan hubungan dengan pihak media.

“Sepanjang perjalanan, peserta perlu menjawab soalan mengenai KDN dan perlu merujuk laman web KDN dan sebagainya bagi mendapatkan jawapan yang betul. Ini sekali gus meningkatkan lebih pengetahuan mengenai kementerian,” katanya selepas melepaskan peserta program itu.

Menurutnya program yang julung kali diadakan itu melibatkan peserta dari pelbagai organisasi media antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama News Channel, Media Prima, Astro Awani, Malay Mail, The Sun, Sinar Harian, The Star, Utusan Malaysia dan Focus Malaysia.

Acara penutup program itu akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur petang ini.

Zukri berkata KDN berhasrat untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan jika mendapat maklum balas positif daripada pengamal media yang terlibat. – BERNAMA

Tags: KDNmediaPengamal Media
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd