• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Juara Piala FA Kali Ke-4, Tewaskan Pahang 3-2

oleh
22/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pasukan Kedah menepati ramalan pelbagai pihak apabila muncul juara Piala FA 2017 dan buat kali keempat selepas membenamkan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam, di sini Sabtu.

Skuad Lang Merah membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi penyerang dari Denmark, Ken Ilso yang menerima hantaran lintang menarik daripada Mohd. Syazwan Zainon untuk mendahului Pahang 1-0.

Pasukan bimbingan Nidzam Adha Yusoff itu hampir menggandakan jaringan selang tujuh minit kemudian tetapi rembatan import dari Brazil, Sandro da Silva melewati palang selepas menerima hantaran daripada Ilso.

Pahang menerima tamparan hebat terpaksa beraksi 10 pemain selepas pemain tengah, Francisco Insa dilayangkan kad merah kerana mengutip kad kuning kedua akibat mengasari Mohd. Rizal Mohd. Ghazali pada minit ke-33.

Situasi itu memberi kelebihan kepada Kedah apabila mudah memasuki kubu lawan, malah pada minit ke-46 mereka menggandakan jaringan menerusi rembatan Baddrol Bakhtiar selepas berlaku kucar-kacir di depan gawang Pahang.

Biarpun beraksi hanya 10 pemain, skuad Tok Gajah berjaya mengurangkan defisit gol menerusi rembatan pemain pertahanan, Heo Jae-won yang berpunca daripada sepakan sudut Jorge Romero pada minit terakhir babak kedua.

Baddrol kemudian meledak gol peribadi keduanya selepas mudah menolak masuk bola hantaran Ilso pada minit ke-74. Perlawanan terus berlangsung sengit apabila skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu merapatkan jurang.

Ia menerusi tandukan Mohamadou Sumareh pada minit ke-80 untuk meletakkan kedudukan 3-2 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat permainan di stadium yang turut penuh sesak dengan kira-kira 75,000 penonton.

Kedah pernah muncul sebagai juara piala berkenaan sebanyak tiga kali iaitu pada 1996, 2007 dan 2008 lalu, manakala Pahang pula sekadar dua kali sahaja iaitu pada 2006 dan 2014. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kedah: Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Mohamad Syawal Nordin, Mohd Fitri Omar, Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen, Sandro Da Silva Mendonca, Muhd Akram Mahinan, Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Mohd Syazwan Zainon.

Pahang: Wan Muhammad Azraie Wan Teh, Matthew Thomas Davies, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Francisco Inso Bohigues, Yamil Jorge Gonzalo Romero, Ahmad Syamim Yahya, Mohd Faisal Mohd Rosli, Hoe Jaewon, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamadou Sumareh dan Matheus Alves Leandro.

Tags: Piala FAStadium Shah Alam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

06/02/2024
0

SHAH ALAM : Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka akan selesai pada pertengahan tahun hadapan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd