• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

85,467 E-Kad PATI Dikeluarkan Sejak Februari

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen telah mengeluarkan 85,467 E-Kad dan mendaftar seramai 93,473 pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak program yang membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula PATI dibuka pada 15 Februari lepas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia membabitkan 14,541 majikan yang mendaftar permohonan E-Kad, dokumen yang berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan sah.

“Namun kita dapati masih ramai majikan yang tidak mendaftarkan pekerja mereka yang berstatus PATI dan menunggu sehingga saat akhir untuk melakukannya.

“Ingin ditegaskan sepanjang tempoh pendaftaran E-Kad sehingga tarikh akhir 30 Jun depan, Jabatan Imigresen tetap melakukan operasi penguatkuasaan dan majikan yang berdegil bakal dikenakan tindakan yang tegas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata jabatan itu telah mengadakan 5,944 operasi penguatkuasaan di seluruh negara dari awal Januari hingga 18 Mei lepas, yang menyaksikan seramai 63,421 warga asing diperiksa dengan 18,176 PATI dari pelbagai negara ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Mustafar berkata dalam tempoh itu juga, seramai 499 majikan ditahan kerana kesalahan menggaji, melindungi, bersubahat serta membenarkan PATI tinggal di premis, manakala sejumlah 20,070 PATI pula telah diusir.

Daripada jumlah yang ditahan, 430 daripadanya adalah majikan warga tempatan dan selebihnya majikan dari Indonesia (19), Thailand (12), Bangladesh (11), Pakistan (10) , India (tujuh) dan selebihnya lain-lain warganegara, katanya.

Beliau berkata majikan berkenaan boleh didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/63 selain berdepan tindakan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) (ATIPSOM).

E-Kad menyasarkan untuk mendaftar kira-kira 600,000 PATI yang dipercayai berada di negara ketika ini dan permohonannya hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya serta cawangannya secara percuma. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd