• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obor Sukan SEA Ke-29 Dibawa Menyusuri Sungai Melaka

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bagi temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 dibawa menyusuri Sungai Melaka menaiki bot sempena Program FitMalaysia yang berlangsung di Dataran Restoran Melayu Melaka di Jalan Mutahir di sini, hari ini.

Obor itu yang dibawa Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim bermula dari jeti Kampung Morten sebelum berhenti di jeti Restoran Melayu Melaka dan disambut Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali serta kira-kira 2,000 peserta Program FitMalaysia.

Roslan kemudian menyerahkan obor itu kepada Pegawai Daerah Alor Gajah Daud Hassan dan Larian Obor berkenaan akan diteruskan ke destinasi terakhir di Melaka iaitu di Dataran Keris di Alor Gajah esok, selepas bermula di daerah Jasin pada 18 Mei lepas.

Terdahulu peserta Larian Obor dilepaskan dari Dataran Sungai Melaka oleh Anggota Dewan Negara Senator Datuk Abidullah Salleh sebelum tiba di jeti Kampung Morten sejauh kira-kira empat kilometer.

Melaka adalah destinasi kedua selepas Johor bagi Larian Obor KL2017 anjuran Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dan larian itu dijangka diteruskan ke Negeri Sembilan pada Isnin ini.

Ia akan berakhir di Kuala Lumpur pada 19 Ogos depan, menandakan bermulanya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29.

Obor berkenaan adalah simbol semangat kesukanan dan kesepaduan kepada atlet yang bertanding dalam temasya sukan berkenaan selaras dengan tema ‘Bangkit Bersama’.

Sementara itu, pelbagai aktiviti dianjurkan sempena Program FitMalaysia seperti senamrobik, zumba, larian dan berbasikal dalam usaha mempromosikan amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat negara ini. – BERNAMA

Tags: MelakaSukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd