• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Terbuka Berbincang Dengan PAS

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian terbuka dalam mengadakan sebarang pertemuan dengan PAS bagi membincangkan kemelut yang melanda hubungan mereka.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya sedia maklum mengenai keputusan PAS menamatkan hubungan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR.

“Kami akan aturkan pertemuan dengan PAS dalam masa terdekat dan kami sedang cari masa yang sesuai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ke-12 di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor memaklumkan bahawa khidmat tiga anggota exco PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor masih kekal sehingga kini.

“Mereka masih menjalankan tugas seperti biasa,” jawabnya ringkas.

Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan Tahaluf Siyasi dengan PKR secara serta merta.

Mengenai keadaan politik semasa, Mohamed Azmin berkata beliau bersama barisan kepimpinan akan memastikan PKR terus menjadi sebuah parti bermaruah dan tidak akan membenarkan PKR menjadi ‘tebusan politik’.

“Kami akan terus menggalas amanah yang diberikan rakyat. PKR akan terus menggembleng seluruh tenaga dan pemikiran bagi menangkis setiap cabaran mendatang,”katanya. – BERNAMA

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: PAS Dijangka Tanding 5 Daripada 40 Kerusi PN

PRN Sabah: PAS Dijangka Tanding 5 Daripada 40 Kerusi PN

05/11/2025
0

KOTA BHARU: PAS sudah memuktamadkan akan bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd