Syarikat Khazanah Nasional Bhd diminta mendedahkan angka sebenar gaji yang akan dibayar kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) yang baru, Christoph R. Mueller.
Gesaan itu dibuat Ahli Dewan Negara Senator Khairiah Mohamed yang berkata perkara itu perlu didedahkan kepada umum memandangkan ada pihak tidak berpuas hati dengan pelantikan itu.
“Di saat kerajaan menyebut mengenai langkah penjimatan, semua rakyat perlu tahu berapakah gaji dan elaun yang dibayar kepada Mueller kerana saya difahamkan gaji dan elaunnya agak besar,†katanya.
MENARIK – Christoph R. Mueller Tokoh Tepat Pulih Kemelut MAS
Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Negara ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.
Difahamkan MAS memilih Mueller kerana kecemerlangan pentadbiran dan pengalaman beliau dalam industri penerbangan selama 25 tahun.
Beliau dikatakan sebelum berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan bermasalah AER Lingus dalam masa singkat.
Bagaimanapun, pelantikan beliau dikritik banyak pihak termasuk bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang menganggap pemilihan itu satu pembaziran. – MYNEWSHUB.CC
Video Temubual Christoh R Mueller Pada 2011
http://youtu.be/7RrS7pzbrrY

