• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Brunei Agih 500,000 Kotak Kurma Untuk Rakyat

oleh
19/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Lebih 500,000 kotak akan diberi kepada setiap umat Islam di negara ini menerusi skim Kurma Kurnia Peribadi sumbangan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Buah popular makanan sunah Rasulullah SAW itu diberikan percuma kepada mereka tanpa mengira had umur sebagai hidangan utama untuk berbuka puasa sempena bulan Ramadan yang bakal disambut mulai minggu depan.

Sejumlah 157.5 tan metrik kurma jenis Safawy yang dibekalkan oleh Al Madinah Dates Company, Arab Saudi akan diagihkan ke seluruh negara kepada masyarakat Muslim termasuk warganegara asing yang menetap di Brunei.

Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda ‘Abdul Malik mewakili ayahandanya menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengagihan di Dewan Bankuet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri di sini.

Pada majlis itu, baginda bertitah menegur pihak pemimpin tertentu termasuk penghulu mukim dan ketua kampung yang gagal dalam menyampaikan bekalan kurma tersebut pada tahun-tahun sebelumnya kepada akar umbi.

“Ini kerana telah sampai ke pengetahuan saya masih ada yang tidak menerima kurma kurnia berkenaan. Lebih mendukacitakan, walaupun pihak yayasan telah menyediakan borang serah terima yang perlu ditandatangani.

Sultan Brunei Agih 500,000 Kotak Kurma Untuk Rakyat

“Terdapat segelintir penghulu mukim dan ketua kampung yang tidak melaksanakan tanggungjawab pengagihan tersebut dengan baik dan sempurna seperti mana yang diamanahkan,” titah tegas Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

Kepincangan tugas tersebut ujar baginda lagi, menggambarkan ada sebahagian pemimpin yang kurang menepati ciri-ciri dan sifat-sifat murni perlu dimiliki oleh seseorang ketua masyarakat iaitu bersikap jujur dan amanah.

“Oleh itu, saya berharap pihak pengurusan Yayasan termasuk semua pegawai daerah akan dapat memantau rapi pelaksanaannya dengan lebih teliti bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku lagi pada tahun ini.

“Ia demi memastikan umat Islam di negara ini tidak terkecuali daripada menerima kurma kurnia peribadi yang disumbangkan Paduka Ayahanda,” titah Pengiran Muda ‘Abdul Malik yang dipetik oleh media tempatan hari ini.

Baginda seterusnya berkenan menyerahkan buah kurma kurnia termasuk kepada semua pemerintah tentera dan komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan setiap pengarah formasi dalam Pasukan Polis Diraja Brunei.

Sultan Brunei Agih 500,000 Kotak Kurma Untuk Rakyat

Terdahulu, Menteri Pendidikan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Dato Seri Setia Suyoi Osman dalam sembah alu-aluannya menyatakan bagi 2017, kurma itu akan diagihkan dalam kotak kecil yang seberat 300 gram.

Ia bakal diberi kepada seluruh rakyat dan penduduk asing melalui semua penghulu mukim yang memangku jawatan ketua kampung selain juga ketua kampung ke atas setiap anak buah perkampungan di bawah jagaan mereka.

Manakala untuk pasukan keselamatan pula akan mengagihkan buah kurma berkenaan kepada ribuan pegawai dan kakitangan di bawah jabatan serta unit formasi masing-masing di setiap kem tentera dan balai polis tempatan.

Dianggarkan hampir 70 peratus daripada lebih 500,000 penduduk Brunei termasuk pekerja asing adalah beragama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara. Brunei turut melaksanakan undang-undang syariah sejak 2014.

Pengurniaan Kurma Kurnia Peribadi itu sememangnya dinanti-nantikan seluruh rakyat dan warga asing Muslim yang mencerminkan sikap perihatin dan kasih baginda setiap kali Ramadan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BruneiSultan Hassanal Bolkiah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

PM Terharu Kunjungan Sultan Brunei

PM Terharu Kunjungan Sultan Brunei

28/11/2022
0

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terharu dengan semangat persahabatan luar biasa ditunjukkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd