• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Didenda RM2,500 Hina Mufti Perlis

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang operator pengeluaran sebuah kilang di Jejawi dekat sini yang mengaku bersalah atas dakwaan menghina Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin didenda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

Mohd Shukor Ishak, 30, yang tinggal di Kampung Hutan Temin, Mata Air, Arau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.

Siti Hajar merayu bagi pihak anak guamnya agar Mahkamah mengenakan hukuman ringan setelah dia mengakui kesilapan dan insaf dengan perbuatannya.

Hakim Azhar Abu Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara tiga bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan nama ‘Mohd Shukor RK, memuat naik komen jelek terhadap Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza secara sedar melalui akaun Facebook beliau pada pukul 6.30 petang, 30 April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang.

Dia dituduh mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan dihukum mengikut seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: dendaMufti PerlisPekerja Kilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd