• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohammed Ghaddar Secara Rasmi Pemain Baharu JDT

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Penyerang import, Mohammed Ghaddar hari ini secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menandatangani kontrak menyertai skuad Harimau Selatan itu.

Pemain berasal dari Lebanon yang berusia 33 tahun itu yang menandatangani kontrak setahun setengah bersama JDT, turut meluahkan rasa gembira dan bebanan yang akan ditanggungnya selepas memilih menyertai mereka pada pusingan kedua Liga Super 2017.

“Saya gembira dan pada pendapat saya tiada satu pun pemain di Malaysia yang tidak mahu bermain untuk JDT dan saya bertuah berpeluang menyertai sebuah pasukan yang kuat.

“Namun saya mempunyai tanggungjawab besar bersama JDT dan berharap dapat meningkatkan lagi nama pasukan ini kerana kami mempunyai matlamat yang sama iaitu memenangi kejuaraan,” katanya dalam sidang media di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards dan ketua jurulatih, Benjamin Mora.

Bekas pemain Kelantan itu juga berkata mahu membantu JDT menjaringkan lebih banyak gol, selain berjanji untuk memastikan pasukan meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Saya seorang pemain profesional. Jadi saya perlu buktikan kepada diri saya dan penyokong, sekali gus menyesuaikan diri dengan semua yang ada di sini. Saya tidak fikir ia sesuatu yang sukar.

“Tiada perbezaan besar ketika saya bermain di Kelantan dan kini bersama JDT. Apa yang penting adalah memberikan apa yang jurulatih mahu daripada saya,” jelasnya yang dijangka diturunkan untuk menentang PKNS FC di gelanggang lawan pada 24 Mei ini.

Beliau juga percaya semuanya berada dalam keadaan yang baik di bawah pengurusan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan mahu membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ghaddar juga bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan taktikal permainan yang diterapkan oleh Mora.

“JDT adalah keluarga baharu saya. Jadi saya perlu menyesuaikan diri untuk berada dalam keluarga ini dan ahli keluarga yang lain dapat menerima kehadiran saya sebagai seorang daripada mereka,” katanya.

Ghaddar akan menyarung jersi nombor 22, yang mana sebelum ini digunakan oleh Gabriel Guerra manakala Guerra pula akan memakai jersi nombor 10 yang sebelum ini dipakai Brian Ferreira. – BERNAMA

Tags: Mohammed Ghaddar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelantan Lepaskan Ghaddar Ekoran Kecederaan ACL

21/05/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terpaksa menamatkan khidmat penyerang import sensasi dari Lubnan Mohammed Ghaddar yang mengalami...

Batalkan ‘Transfer’ Jika KAFA Belum Cukup Syarat

30/05/2017
0

KOTA BHARU - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd