• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindak Balas Terhadap Negara Boikot Minyak Sawit

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Malaysia dan Indonesia akan bertindak balas terhadap negara-negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) yang memboikot minyak sawit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah berbincang dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika Sidang Kemuncak ASEAN di Manila baru-baru ini, supaya Malaysia dan Indonesia melalui Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) meyakinkan negara-negara berkenaan bahawa dakwaan negatif terhadap minyak sawit adalah tidak berasas sama sekali.

“Kita mesti beritahu mereka (negara-negara yang memboikot minyak sawit), Malaysia dan Indonesia bukan negara yang tidak ada kemampuan, kita juga beli banyak produk daripada negara mereka.

“…dan siapa yang memboikot minyak sawit mungkin akan berdepan tindakan balas dari Malaysia dan Indonesia,” tegasnya ketika berucap merasmikan Sambutan 100 Tahun Industri Sawit Negara di Ladang Tennamaram di Bestari Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Pengerusi Sime Darby Bhd., Tan Sri Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Najib turut menggariskan lima anjakan transformasi yang perlu dilakukan bagi memastikan masa depan industri sawit menjadi lebih cemerlang untuk tempoh 100 tahun akan datang, antaranya memperkenalkan Skim Pensijilan Mampan Malaysia (MSPO).

“Pada hari ini, industri sawit negara berdepan dengan pelbagai cabaran, tuduhan dan persepsi negatif oleh beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengaitkan kononnya pembangunan tanaman sawit tidak mampan, mencemarkan alam sekitar dan menyebabkan penebangan hutan berlaku di negara kita.

“Justeru, bagi menangani permasalahan ini khususnya tuduhan terhadap isu kemampanan, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan MSPO yang akan dilaksana secara mandatori mulai 31 Dis 2019. Ini juga akan menjaga kepentingan industri sawit dan eksport kita ke negara-negara maju,” katanya.

Selain itu, perdana menteri berkata pelaburan juga perlu dilakukan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersialan dalam menyokong pengembangan industri sawit; memberi fokus dan memperkukuh pembangunan modal insan; menyasarkan lebih ramai golongan profesional menceburi bidang sawit dan penyediaan dana untuk Skim Tanam Semula dan Tanam Baharu Sawit.

“Maka di hadapan lebih 5,000 hadirin petang ini, saya sukacitanya mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM510 juta untuk Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan Tanam Baharu Sawit Pekebun Kecil untuk tempoh tiga tahun akan datang. Bagi 2017, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM130 juta yang dipohon Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi,” katanya.

Pada majlis yang sama, perdana menteri turut menerima Anugerah Tokoh Pembangunan Industri Sawit Negara bagi pihak bapanya, Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Anugerah itu diberikan kepada Abdul Razak atas jasa serta sumbangan besarnya membangunkan sektor itu sekali gus mengubah landskap ekonomi serta sosial masyarakat di negara ini.

Penganugerahan terhadap Abdul Razak juga atas keberhasilan Allahyarham menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang merupakan komponen utama dalam usaha mempercepatkan pembangunan dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar.

Pada masa sama, Najib turut menyampaikan empat anugerah iaitu Anugerah Khas Pekebun Kecil, Anugerah Khas Skim Rancangan Sawit Kerajaan Pertama, Anugerah Ladang Sawit Komersial Pertama dan Anugerah Pengasas Industri Sawit kepada Pengasas Ladang Sawit Pertama di Malaysia, mendiang Henri Fauconnier yang diterima oleh cicitnya, Jeremie Fontaine.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Tennamaram dan sebuah dewan.

Tennamaram merupakan ladang komersial tanaman kelapa sawit pertama di Malaysia yang dibuka oleh Fauconnier pada 1917. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd