• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Rayuan Bebaskan Prof Dr Rustam Abbas

oleh Ahmad Albab
12/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini, hari ini membebaskan bekas timbalan naib canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Prof Dr Rustam Abbas daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk melanjutkan perkhidmatan kontraknya di universiti milik kerajaan Selangor itu pada 2007.

Keputusan menolak rayuan pihak pendakwaan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asnawi Abu Hanipah merayu terhadap keputusan Keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 2 Ogos 2011, untuk melepaskan dan membebaskan Dr Rustam tanpa dipanggil membela diri.

Pembebasan beliau dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 16 Mei tahun ini.

Di Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim Md Raus berkata mahkamah melihat tiada sebab untuk mengganggu dapatan fakta yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen.

Court of Appeal judges Datuk Seri Zakaria Sam and Vernon Ong Lam Kiat were the other two judges presiding on the panel.

Panel itu turut dianggotai hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Zakaria Sam dan Vernon Ong Lam Kiat.

Menurut kertas pertuduhan, Dr Rustam, 56, yang kini bersara, didakwa menyalahi undang-undang dengan menggunakan surat palsu bertarikh 28 Dis 2006 bertajuk “Penyambungan Kontrak Perkhidmatan Sebagai Timbalan Naib Canselor, UNISEL”.

Dia didakwa menggunakan surat itu sebagai dokumen tulen di Pejabat Sumber Manusia Kampus Bestari Jaya universiti itu di Kuala Selangor, Selangor pada 12 Julai 2007.

Asnawi sebelum ini berhujah bahawa Dr Rustam, yang juga pemangku naib canselor universiti itu pada masa itu, harus dipanggil untuk membela diri di caj.

Bagaimanapun, peguam Afifuddin Ahmad Hafifi yang mewakili Dr Rustam berhujah bahawa Mahkamah Sesyen menilai bukti dengan penuh berhati-hati dan teliti, dan mendapati kes prima facie tidak dibuktikan terhadap anak guamnya. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd