• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ToR Pastikan Hubungan Tentera Lebih Erat

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Diraja Thailand akan mengembangkan lagi hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin erat ketika ini menerusi pemeteraian Terma Rujukan (ToR).

Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata ToR akan memastikan hubungan kedua-dua pasukan tentera darat diperluas meliputi perkara yang berada di luar Jawatankuasa Am Sempadan (GBC).

“Terma Rujukan itu akan membuka lebih banyak ruang kepada kedua-dua tentera darat untuk mengembangkan lagi hubungan dan kerjasama yang telah pun terjalin erat ketika ini,” katanya kepada Bernama dalam temuramah di sini hari ini.

Beliau berkata antara perkara yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak di bawah ToR untuk mengembangkan lagi hubungan dan kerjasama itu termasuk pertukaran anggota, aktiviti sosial dan kemasyarakatan serta latihan bersama.

“Hubungan yang lebih erat antara tentera darat Malaysia dan Thailand akan memberi faedah kepada rakyat di kedua-dua negara,” katanya.

Kedua-dua pihak menurut Zulkiple, juga bercadang untuk menganjurkan program perbincangan antara tentera darat ‘Army to Army Talk’ di bawah ToR yang bertujuan merapat dan membina jaringan hubungan antara pegawai kedua-dua negara terutama di peringkat pertengahan.

Hubungan erat dan jaringan yang kukuh antara pegawai pertengahan tentera darat Malaysia dan Thailand yang dipupuk menerusi inisiatif itu, katanya diharap akan berkekalan serta diperkembangkan lagi apabila mereka menjadi pegawai atasan.

“Apabila mereka (pegawai tentera darat Malaysia dan Thailand) menjadi pegawai atasan, hubungan dan jaringan sesama mereka itu menjadi semakin erat kerana mereka merupakan ‘kawan-kawan lama’,” katanya.

Memorandum mengenai ToR dimeterai beliau ketika melakukan kunjungan pengenalan terhadap rakan sejawatannya dari Thailand, Jen Chalermchai Sittisart di Ibu Pejabat Tentera Darat Diraja Thailand semalam.

Zulkiple mula memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 16 Dis tahun lepas.

Ibu Pejabat Tentera Darat Diraja Thailand dalam kenyataan semalam berkata Panglima Tentera Darat Thailand dan Malaysia berikrar untuk meningkatkan pertukaran maklumat ketenteraan antara kedua-dua negara serta mengadakan kerjasama dalam rondaan dan pemeriksaan bersama di sepanjang kawasan sempadan bersama.

Kerjasama antara kedua-dua tentera di sempadan akan menghalang dan memerangi ancaman keganasan, penyeberangan masuk sempadan secara haram, penyeludupan kontraband, pengedaran dadah dan lain-lain, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM11 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd