• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penangan Cemburu! Kaki, Tangan Isteri Hampir Putus Ditetak Suami

oleh Ahmad Albab
13/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Akibat gagal mengawal nafsu cemburu, seorang suami sanggup menetak tangan dan kaki isterinya!

Kejadian yang berlaku di Taman Suria, Kluang, Johor Bharu, pada Khamis lalu mengakibatkan si isteri, K. Menaga, 44, mengalami kecederaan parah malah tangan dan kakinya hampir putus.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari, si suami, N. Marimuthu, 47, kemudiannya bertindak menggantung diri sendiri di balkoni kediaman mereka.

Ujar beliau kepada portal MStar, “Hasil siasatan awal, kita percaya motif kejadian berpunca daripada perasaan cemburu suami bila mengesyaki mangsa yang bekerja di Singapura mempunyai ‘skandal’.”

K. Menaga kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom.

Bercerita lanjut mengenai kejadian malang itu, Mohd Roze berkata, mangsa yang bekerja mencuci pinggan mangkuk di sebuah hotel di Singapura, baru pulang dari tempat kerjanya kira-kira jam 10.30 pagi.

Mangsa kemudiannya bertengkar dengan suspek di ruang tamu dan didengari anak mereka yang berusia 10 tahun dan ibu Marimuthu yang ketika itu berada di dapur.

“Mangsa kemudian telah mengajak mereka keluar membeli barang keperluan sekolah namun semasa mereka bergerak keluar, si suami secara tiba-tiba datang dari belakang dan menetak lengan kirinya sambil menyuruhnya agar jangan bekerja di Singapura lagi.

“Wanita itu yang ketakutan melarikan diri, namun terjatuh di tempat letak kereta rumah, di mana suaminya menetak pula kedua-dua pergelangan tangan dan kakinya,” ujar Mohd Roze.

Selepas itu, Marimuthu naik semula ke rumahnya sebelum mengunci dirinya di bahagian balkoni rumah. Anak lelaki pasangan itu lantas menghubungi bapa saudaranya yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Di tempat kejadian, pihak berkuasa menemui sebilah pisau pemotong daging, sebilah parang panjang dan satu tong racun berwarna putih. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: bunuh diripolistetak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd