• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Tanpa Parkir Apabila Projek MRT Siap

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang merancang untuk mengadakan bangunan tanpa parkir apabila projek MRT Lembah Klang Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya siap, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Beliau berkata ia sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Apabila projek MRT sudah siap dan mula beroperasi, tidak perlu ada banyak ‘parking bay’ kerana warga kota akan lebih kerap menggunakan pengangkutan awam termasuk LRT dan bas awam,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat DBKL hari ini.

Mengenai kemungkinan stesen MRT dan LRT mengalami masalah kekurangan parkir berikutan rancangan DBKL itu, Mhd Amin berkata: “Itu terpulang kepada Prasarana ataupun SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat).”

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dilapor sebagai berkata polisi untuk tidak mempunyai ruang parkir dalam bangunan menjadi trend di beberapa bandar membangun dan Kuala Lumpur harus mengikut jejak langkah sedemikian.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Mhd Amin berkata hasil usaha daripada kira-kira 9,500 warga DBKL dalam tempoh 10 tahun ini, pihak berkuasa tempatan itu berjaya mengutip hasil bernilai kira-kira RM2 bilion.

“Ia merupakan hasil komitmen dan kerja keras warga-warga DBKL terhadap pembangunan Kuala Lumpur yang menjadi sebuah bandar raya lebih maju dan makmur,” katanya.

Mhd Amin menyampaikan anugerah perkhidmatan lama, pekerja cemerlang dan tokoh kesatuan sekerja kepada tujuh pegawai dan kakitangan DBKL. – BERNAMA

Tags: DBKLMRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd