• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basikal: Sebutan Semula Kes Jurujual Pandu Melulu 15 Jun

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret Trafik di sini hari ini menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula bagi pengurusan kes membabitkan seorang jurujual wanita didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, 18 Februari lepas.

Majistret Siti Hajar Ali turut menetapkan tarikh itu bagi menentukan tarikh perbicaraan kes berkenaan selepas menerima permohonan peguam Bustaman Menon Abdul Hamid Menon untuk meneliti dokumen yang diserahkan pihak pendakwaaan.

Dalam prosiding hari ini, Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Roslan Mat Nor yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali memaklumkan semua dokumen yang diperlukan membabitkan kes itu sudah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Roslan turut memaklumkan pihaknya mencadangkan seramai 39 saksi akan dipanggil pada perbicaraan yang akan ditetapkan itu.

Bustaman Menon kemudian memohon mahkamah memberikan tempoh masa sebulan bagi membolehkan beliau dan peguam Faizal Mokhtar meneliti kesemua dokumen yang diterima memandangkan terdapat jumlah dokumen yang banyak.

Terdahulu, jurujual itu, Sam Ke Ting, 22, tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi tadi untuk sebutan semula kes bagi pengurusan kes yang ditetapkan hari ini.

Pada 28 Mac lepas, wanita itu dihadapkan ke mahkamah sama dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja lelaki, pada 3.20 pagi, di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, 18 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd