• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Kes Pelajar Tahfiz Dipukul Ustaz

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kejadian adik Thaqif, sekolah tahfiz sekali terpalit dengan isu panas apabila seorang pelajar tingkatan satu dilaporkan cedera tulang rusuk dan lengan selepas dipukul warden asrama sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor.

Dalam kejadian 10 Mei lalu itu, mangsa mendakwa pada mulanya dipanggil untuk berjumpa dengan warden tersebut kira-kira jam 5 petang.

Dalam pertemuan itu, warden dan juga seorang ustaz sekolah itu telah bertanyakan pelbagai soalan peribadi, namun dinafikan oleh mangsa.

Perkara itu menimbulkan ketidakpuasan ustaz berkenaan yang bertindak menumbuk mangsa pada tulang rusuk hingga bengkak dan dipukul menggunakan rotan.

Susulan itu, mangsa mengadu pada bapanya untuk ke klinik sebelum pergi membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Menurut bapa mangsa, anaknya baru seminggu berpindah ke sekolah tersebut.

“Berikutan kejadian, anak saya kini trauma untuk ke sekolah dan masih lemah. Dia masih berasa sakit pada badannya.

“Sebelum ini, dia (anak) pernah dirotan namun kejadian tempoh hari amat melampau dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya seperti yang dipetik di Harian Metro.

Tambahnya, ustaz itu sudah pun memohon maaf atas kejadian itu dan mahu bertanggungjawab menanggung kos rawatan anaknya, namun dia enggan menerima permohonan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat turut mengesahkan laporan berhubung kejadian ini

Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan. -MYNEWSHUB.CC

Tags: cederatahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd