• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menangi Hati Rakyat Dengan Agenda Kebajikan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Anggota UMNO terutama pemimpin di peringkat bahagian perlu mengutamakan agenda kebajikan dan tidak bersikap pilih bulu jika mahu memenangi hati rakyat, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Abdul Azeez berkata mereka perlu konsisten dengan agenda tersebut sepanjang masa jika mahu mendapatkan sokongan berterusan rakyat walaupun bukan pada musim pilihan raya.

“(Contohnya) ketika berlaku banjir di Rantau Panjang (Pasir Mas) dan Kubang Kerian (Kota Bharu), kita kena tunjukkan UMNO sentiasa berada di hadapan dalam membantu rakyat…kena letak 90 peratus hal kebajikan dan 10 peratus perkara politik.

“Kita kena tolong semua rakyat tak kira fahaman politik mereka. Kena sentiasa berlapang dada walaupun mereka tak sokong kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya UMNO bahagian Kubang Kerian di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Bahagian UMNO Kubang Kerian Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani dan Ketua Bahagian UMNO Rantau Panjang Senator Datuk Abdullah Mat Yassin.

Abdul Azeez merupakan ‘bapa angkat’ yang dilantik oleh UMNO pusat bagi membantu kedua-dua bahagian itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau turut mengingatkan agar pemimpin di peringkat bahagian yang tidak tersenarai sebagai calon, tidak cepat melatah dengan mensabotaj calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

Katanya, sikap tersebut perlu dibuang jauh-jauh memandangkan pucuk pimpinan mempunyai percaturan tersendiri dalam menilai kekuatan seseorang calon yang dipilih mewakili UMNO dan Barisan Nasional di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN). – BERNAMA

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd