• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiara Jacquelina Bakal Arah Muzikal OlaBola

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA anda telah menonton dan menyukai filem OlaBola, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton adaptasi filem tersebut di atas pentas teater tahun hadapan.

Dibawakan oleh Enfiniti, OlaBola The Musical bakal dipentaskan di Istana Budaya di ibu negara selama sebulan bermula 22 Februari 2018.

Apa yang menariknya, pelakon, penerbit dan pengasas Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina bakal menyerlahkan bakat mengarah buat julung kalinya dalam projek ini.

“Salah satu daripada cabaran terbesar adalah untuk ‘membawa’ penonton daripada dewan teater ke stadium.

“Saya mahu membuatkan penonton ‘lupa’ mereka sebenarnya berada di dalam auditorium dan rasa seperti mereka benar-benar di dalam stadium,” katanya dalam sidang media, Selasa.

OlaBola, yang membawa keuntungan RM16,67 juta dan merupakan filem ketiga dengan kutipan paling tinggi sepanjang masa di Malaysia, berkisar tentang kisah sebenar perjalanan pasukan bola kebangsaan.

Skuad Harimau Malaya itu pernah mencatatkan sejarah apabila layak ke acara Sukan Olimpik musim panas 1980 di Moscow, Rusia.

Tambah Tiara lagi,pementasan tersebut akan mengekalkan jalan penceritaan asal daripada filemnya, namun akan distrukturkan semula menjadi format muzikal.

Selain itu, muzikal OlaBola akan mengetengahkan pengaruh muzik rap dan hip-hop.

“Saya cuba untuk menentukan apakah genre yang sesuai untuk OlaBola? Dan saya teringat bagaimana pemain bola sepak berkomunikasi antara satu sama lain.

“Mereka ahli sukan, mereka aktif; jadi ‘tenaga’ bagaimanakah yang mereka beri? Jadi satu hari tu, saya terfikir, mungkin lebih sesuai jika mereka membawakan genre rap,” kata Tiara lagi.

Namun, Tiara tahu bahawa mungkin ada yang kurang meminati konsep tersebut.

Bagaimanapun, beliau positif teater muzikal ini akan menghiburkan semua yang menontonnya.

“Muzikal ini akan menghidangkan yang terbaik untuk semua orang. Bukan semua karakter akan rap dalam teater ini,” ujar Tiara.

Tiket muzikal ini dijual bermula harga RM120 dan akan mula dijual bermula 25 Mei ini. Promosi ini akan berlangsung selama 3 bulan.

Selepas tamat tempoh promosi pula, harga tiket akan dijual pada harga RM250 hingga RM300. –MYNEWSHUB.CC

Tags: olabolateatertiara jacquelina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hidup Lionel Messi Bakal Dibawa Ke Pentas Teater

11/10/2018
0

PRODUKSI teater popular Cirque du Soleil bakal mementaskan kisah hidup pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi tidak lama lagi. Pementasan...

Teater Olabola: Penonton Bakal Alami Suasana Sebenar

31/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Penonton ‘OlaBola The Musical’, yang berdasarkan filem pada 2016, ‘OlaBola’, akan menikmati pengalaman berada di ‘stadium sebenar’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd