• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kolam Udang Maut Kena Renjatan Elektrik

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Seorang pekerja kolam udang dan ikan maut selepas terkena renjatan elektrik di kawasan kolam itu di Parit Sungai Melan, di Kuala Kurau, dekat sini hari ini.

Mangsa Mohamad Hafis Ismail, 28, dari Parit Mat Ali, di sini, dikatakan terjatuh dan tersembam di atas wayar elektrik pada pukul 12 tengah hari dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Kurau.

Menurut rakan sekerja mangsa, Liang Kok Chin, 22, mangsa sedang melakukan kerja di kolam terbabit dengan dua rakannya dan dikatakan tergelincir sebelum tersembam di atas wayar elektrik yang ada di situ.

“Sewaktu melihat dia terjatuh dan tidak sedarkan diri, saya dan beberapa rakan lain cuba menyelamatkannya namun terkejut apabila mendapati masih terdapat aliran elektrik pada badannya dan kami turut terkena renjatan itu.

“Saya kemudian mengarahkan rakan menutup suis utama dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kuala Kurau untuk mendapatkan rawatan dan sebaik tiba di klinik itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas di sana,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Liang berkata mangsa baharu bekerja tidak sampai dua bulan di situ dan merupakan seorang pekerja yang rajin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat .

Bapa mangsa, Ismail Basri, 70, ketika ditemui pemberita berkata anak keempat daripada enam beradik itu menunjukkan sikap berbeza sehari sebelum kejadian.

“Malam sebelum kejadian, arwah menunjukkan kelakuan begitu gembira dan sempat membuat satu jag minuman untuk dihidangkan kepada rakan-rakan sekampung.

“Selain itu, pagi ini dia bangun awal dan pergi ke tempat kerjanya seawal 7.30 pagi berbanding hari biasa iaitu pukul 8.30 pagi,” katanya.

Ismail berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau pada pukul 10 pagi esok. – BERNAMA

Tags: renjatan elektrik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

19/11/2025
0

PAPAR: Polis menafikan dakwaan tular kononnya berlaku kejadian terbaru membabitkan kematian seorang individu akibat terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera...

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

20/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd