• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Tingkat Sistem Keselamatan Siber Negara

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah bersiap sedia dan meningkatkan sistem pertahanan dan keselamatan siber negara susulan ancaman serangan siber Ransomware Wannacry yang melanda dunia sejak Jumaat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata SKMM setakat ini belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai serangan virus siber itu di negara ini walaupun beberapa media melaporkan mengenai serangan itu.

“Buat masa ini, kita belum lagi menerima lagi laporan ancaman namun kita dimaklumkan menerusi media, terdapat 10 laporan serangan tersebut di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sepetang Mesra Bersama Karyawan Seni anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengesan ancaman serangan siber Ransomware Wannacry sedang berleluasa di seluruh dunia yang mana ia menyekat akses kepada data di dalam komputer yang dijangkitinya.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab mengesahkan hanya satu laporan rasmi berhubung serangan itu diterima setakat ini, namun agensi itu percaya lebih banyak kes berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Salleh meminta LHDN, Finas dan persatuan membabitkan artis dan selebriti bekerjasama membantu golongan tersebut dalam menangani isu-isu berkaitan percukaian.

Beliau berkata ini bagi membolehkan golongan tersebut mendapat penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan percukaian bagi mengelak sebarang masalah termasuk isu tidak membayar cukai.

“Perlu ada persefahaman. Tidak ramai yang tahu, industri hiburan ini berbeza, ada yang tidak mempunyai pendapatan tetap, ada yang menggunakan pendapatan untuk kebajikan, ada yang menggunakan pendapatan membeli pakaian dan sebagainya.

“Jadi saya fikir, seharusnya ada jalan penyelesaian antara kedua-dua pihak, janganlah terlalu ketat, elok ada fleksibiliti. Dialog seperti ini bagus dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar karyawan dan penggiat seni diberi kelonggaran untuk pembayaran cukai memandangkan pendapatan golongan itu yang tidak tetap. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakSKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd