• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Mahu Raih Sokongan Rakan Pembangkang

oleh AK-47
16/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus mengeluarkan kenyataan yang memburuk-burukkan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata untuk meraih sokongan rakan sekutu pembangkang yang lain.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata seperti yang diketahui umum, Dr Mahathir sudah pun menjadi pembangkang, justeru segala tindakan dan keputusan yang dibuat kerajaan sudah tentu tidak betul pada kaca matanya.

“Dr Mahathir bukan lagi perdana menteri, dia kini berada bersama barisan pembangkang yang dahulunya sangat dibenci oleh beliau sendiri, dia tidak ubah seperti seorang pelakon,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis gotong royong di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir dalam catatan blognya yang mendakwa Malaysia tidak lagi dapat mengamalkan dasar luar berkecuali seperti sebelum ini selepas projek penambahbaikan Pelabuhan Melaka dan Kuantan siap kelak kerana ia bakal menjadi markas tentera laut China.

Mohd Johari berkata, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang cukup baik dengan semua negara selain mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Rusia, Amerika Syarikat dan China.

“Kita ada askar pengaman di seluruh dunia, sekarang ini ada 815 orang anggota kita bertugas di beberapa buah negara, kerana itu kita tidak ada masalah kerana kita biasa berhadapan dengan semua keadaan,” katanya.

Tambahnya, tindakan bekas perdana menteri itu tidak lain hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan sendiri, memandangkan Najib sekarang dilihat sebagai pemimpin yang lebih baik daripada Dr Mahathir sendiri kerana mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin dunia.

“Misalnya hujung minggu ini perdana menteri akan ke Arab Saudi, mesti Tun Dr Mahathir akan cakap macam-macam sedangkan kita tahu mesti akan ada perkara baik diumumkan Najib selepas itu,” katanya.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan RM20,000 untuk membina sebuah pusat Pendidikan Khas di SMK Padang Nyior yang dijangka akan siap dibina sebelum bulan Ramadan.

Projek pembinaan yang merupakan kerjasama Kementerian Pertahanan bersama pengurusan sekolah itu akan dibina oleh lebih 10 anggota dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Johari BaharumDatuk Seri Najib Tun Razakpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd