• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK PD Rampas 156 Tong Gas LPG, Lori

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Port Dickson merampas 156 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dan sebuah lori tiga tan bernilai RM25,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Rumah Rakyat Chembong, di sini hari ini.

Ketua cawangan KPDNKK Port Dickson Firdus Zakaria berkata pemeriksaan oleh lapan anggota penguat kuasanya pada pukul 12 tengah hari tadi mendapati premis yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan serta penjualan, telah beroperasi tanpa kebenaran dan lesen yang sah.

“Siasatan mendapati pengusaha itu tidak mempunyai lesen dan permit untuk menyimpan barangan tersebut dan telah melakukan satu kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1991.

“Beliau sebaliknya menggunakan lesen pemborong dalam setiap urus niaga dengan pengguna di taman-taman perumahan, pengusaha restoran dan juga warung di sekitar daerah ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Firdus berkata pengusaha yang juga pemilik premis iaitu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50an ditahan bagi membantu siasatan.

“Pengusaha itu dikatakan telah dijanjikan untuk dijadikan pengedar sah gas memasak oleh pembekal selepas melalui tempoh percubaan yang antara lain menetapkan jumlah gas memasak yang perlu dijual oleh lelaki tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

“Ini adalah alasan yang diberi pengusaha lelaki ini kepada kita. Bagaimanapun, kita akan teruskan siasatan sama ada kesalahan itu di peringkat pengusaha atau pembekal. Timbalan pendakwa raya akan tentukan sama ada beliau akan kita berikan kompaun atau pun dakwa di mahkamah selepas siasatan lengkap,” katanya.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan LPG dengan syak munasabah untuk melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurus niaga barang kawalan berjadual LPG tanpa lesen sah, yang memperuntukkan denda maksimum RM3 juta, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: KPDNKKtong gas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan Lelaki Pukul Ibu, Ugut Letupkan Tong Gas

Polis Tahan Lelaki Pukul Ibu, Ugut Letupkan Tong Gas

14/02/2024
0

Seorang lelaki berjaya ditahan apabila tiga jam dipujuk selepas bertindak memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tiga tong gas petroleum...

Tong Gas Berterabur Selepas Lori Langgar Treler

07/11/2018
0

JOHOR BAHRU – Puluhan tong gas bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa muatan tersebut melanggar belakang sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd