• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lagi Pegawai Zakat Pulau Pinang Direman

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tiga lagi pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang zakat negeri.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret L. Umma Devi yang membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Semalam Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban dalam kenyataan berkata, tiga pegawai lelaki itu yang berusia antara 33 dan 49 tahun, ditahan kira-kira 4.30 petang, Isnin di pejabat ZPP.

Jumlah itu menjadikannya 15 individu telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan tersebut.

Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang menahan 12 suspek termasuk pegawai kanan dan tiga pegawai ZPP serta lapan kontraktor berusia antara 41 dan 52 tahun.

Dua pegawai ZPP telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang manakala lapan kontraktor turut dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, tempoh reman bagi pegawai kanan ZPP dan seorang lagi pegawai badan itu disambung empat hari lagi bermula semalam. – BERNAMA

Tags: DiremanKes RasuahZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd