• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Pelaburan PNB Dan ASNB Adalah Harus

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Mufti Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus.

Keputusan itu dibuat Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3 yang bersidang pada 27 April lepas dan boleh diikuti melalui laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor www.muftiselangor.gov.my.

Sehubungan itu, Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar dalam kenyataan di sini hari ini berterima kasih kepada Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhubung penjelasan berkaitan hukum melibatkan pelaburan dalam unit-unit amanah ASNB.

Menurutnya perkembangan ini adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tahun 2008 yang memutuskan pelaburan unit amanah ASNB berserta dividen dan bonus yang diperoleh adalah harus.

Selain Selangor, negeri lain yang turut memutuskan pelaburan ASNB sebagai harus adalah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.

Abdul Wahid juga berjanji untuk memenuhi permintaan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang meminta PNB untuk meneruskan usaha-usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan tersebut menepati syarak sepenuhya.

Menurutnya hukum pelaburan ini akan dikaji semula selepas tiga tahun bagi memastikan peraturan pelaburan patuh syariah ASNB adalah melebihi 75 peratus.

Beliau juga percaya dengan perkembangan terkini itu, para pelabur Islam di Selangor kini lebih yakin dengan hukum pelaburan dalam unit-unit amanah ASNB dan diharap dapat menyakinkan mereka untuk terus meningkatkan pelaburan masing-masing. – BERNAMA

Tags: ASNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dividen ASB 4.25 Sen, Pengagihan Ehsan 0.75 Sen

23/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.0...

ASNB Benar Pengeluaran Dalam Talian

20/04/2020
0

ANAK syarikat pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd