Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Virus Jangkitan Seks, Sayur,...

TIDAK sampai sebulan 2019 membuka tirainya, senarai nama bayi paling paling pelik dan...

Mahkamah Tolak Permohonan Reman...

Tidak sampai 24 jam selepas ditahan, aktivis Perikatan Nasional (PN) Wan Muhammad Azri...

Rosyam Nafi Jadi Barua...

TAMPIL... Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama...

Peguam Syed Saddiq Cuba...

Pasukan peguam bela Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang cuba mengetepikan salah seorang...

Dividen ASB 4.25 Sen, Pengagihan Ehsan 0.75 Sen

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pengagihan pendapatan ASB itu merangkumi 4.25 sen seunit dan pengagihan ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama pemegang unit sempena ulang tahun ke-30 ASB.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, ia membabitkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran ekonomi akibat COVID-19.

“Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini sebagai tanda penghargaan kami kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan,” katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan ASB secara maya, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn. – BH Online

INFO: Dividen ASB 2010-2020

2020: 4.25 + 0.75

2019: 5.00 + 0.50

2018: 6.50 + 0.50


2017: 7.00 + 1.25

2016: 6.75 + 0.50

2015: 7.25 + 0.50

2014: 7.50 + 1.00

2013: 7.70 + 1.00

2012: 7.75 + 1.15

2011: 7.65 + 1.15

2010: 7.50 + 1.25

Kategori