• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12K Warga Malaysia ‘Miskin’ 30 Minit Beli Tiket Sheeran

oleh
16/05/2017
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKIRANYA rajin baca komen netizen propembangkang menerusi media sosial, rakyat Malaysia digambarkan menderita akibat kezaliman kerajaan BN yang kejam menindas mereka selama ini!

Ramai pekerja kononya hilang pendapatan akibat kilang ditutup ekoran pelabur ‘cabut lari’, pelajar universiti kurus kebuluran apabila pinjaman PTPTN disekat dan lebih teruk, restoran mamak 24 jam lengang tanpa pelanggan pun.

Pembangkang dengan angkuh dakwa ekonomi Malaysia sudah hancur muflis, rizab Bank Negara Malaysia hampir sifar, kadar mata wang ringgit jatuh sehingga tiada nilai kerana kos sara hidup dan paras inflasi naik mendadak.

Begitulah hebat tohmahan jahat pihak antikerajaan dalam usaha mengelirukan rakyat dengan persepsi negatif bagi menutup kepincangan Pakatan Harapan yang teruk bergolak dan ada pemimpin mereka dipalit skandal rasuah.

Ironi, ketika pelabur antarabangsa terus yakin menanam modal dalam pelbagai projek impak tinggi, tanpa disedari artis Barat juga sanggup datang ‘mencari rezeki’ di bumi bertuah ini waima Malaysia bukanlah hebat mana pun!

Terbaharu, penyanyi muda Britain, Ed Sheeran mencipta sejarah tersendiri apabila 12,000 tiket konsert jelajah dunia beliau di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 14 November depan berjaya habis dijual dalam masa hanya 30 minit.

Untuk rekod, ini kali kedua Sheeran, 26, atau nama penuhnya Edward Christopher Sheeran datang ke Malaysia selepas 2015, malah ia jauh lebih cepat berbanding jiran kita, Singapura yang cuma habis dalam tempoh 40 minit.

Berlangsung di Singapore Indoor Stadium di Kallang yang juga boleh memuatkan kapasiti maksimum 12,000 orang, tiket di republik itu dijual pada harga serendah S$108 (RM333) sehingga paling mahal mencecah S$248 (RM767).

Manakala di Kuala Lumpur pula, tiketnya masing-masing RM198, RM298, RM358 dan RM458. Itupun ada kes apabila dilaporkan pihak tertentu beli dan kemudian jual semula pada harga lebih tinggi kerana permintaan laris.

Bagi artis baharu, ia pencapaian hebat setanding penyanyi wanita popular, Selena Gomez malah mengatasi legenda, Mariah Carey sendiri apabila pernah ‘malu’ setelah tiket konsert jelajahnya di Singapura pun gagal habis dijual.

Hakikatnya, artis mat saleh yang datang ‘melalak’ di Malaysia tidak perlu risau dengan sambutan rakyat negara ini yang konon miskin namun sanggup ‘ikat perut’ untuk bersesak menyaksikan penyanyi itu membuat persembahan.

Bagi rakyat marhaen yang kelaparan, harga tiket penghibur Barat itu sahaja pun (ini belum lagi termasuk caj GST) boleh mengisi perut lebih sebulan lamanya ditambah harga runcit petrol di Malaysia konon paling mahal di dunia!

Media tempatan melaporkan, tiket Sheeran habis ‘licin’ dibeli majoriti golongan remaja yang sumber pendapatan mereka pun masih belum stabil dan ada lagi ditanggung keluarga termasuk tambah nilai prabayar telefon bimbit.

Jika ini benar, rakyat Malaysia khasnya peminat tegar artis Barat mungkin boleh berkongsi rahsia kejayaan mereka mampu ‘berhibur’ di sebalik ekonomi negara sedang hancur seperti dakyah pembangkang. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: ed sheeran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Warga Nepal Diberkas Ceroboh Inap Desa

SNBJ Bakal Jahanam Lagi?

24/02/2024
0

Kuala Lumpur: Sejarah mungkin berulang apabila gelanggang keramat skuad Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi 'dihenyak'...

Ed Sheeran Kahwini Teman Wanita Dalam Majlis Kecil

01/03/2019
0

PENYANYI dan penulis lirik dari Britain, Ed Sheeran mengahwini teman wanitanya, Cherry Seaborn dalam satu upacara perkahwinan kecil musim sejuk,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd