• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anekdot Pelajar: Guru Memang Penyuluh Ilmu

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BILL Gates, Pengasas Microsoft, pernah berkata, “Teknologi hanya alat. Dalam hal membuat siswa bekerja sama dan menjadikan mereka bermotivasi, gurulah yang paling utama.”

Orang yang berilmu dan menyebarkan ilmu lebih tinggi darjatnya daripada orang yang alim.

Kita harus sedar betapa pentingnya menggalas tugas seorang guru. Bukan calang-calang orang boleh menjadi guru. Tambahan lagi apabila kita melalui zaman ini yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Zaman ini pembelajaran dan pendidikan suatu perkara penting dan gurulah yang perlu menggalas kedua-dua beban itu.

Jika mahu membina atau menghancurkan sesebuah negara, tiga perkara penting yang perlu difokuskan. Salah satu daripadanya adalah institusi pendidikan.

Kenapa? Kerana masyarakat yang berilmu lebih tinggi darjatnya daripada masyarakat yang tidak mementingkan ilmu.

“Guru adalah ibu bapa di sekolah.” Ini dinyatakan bekas murid sekolah berasrama penuh. Kini menuntut di institusi pengajian tinggi.

“tiga tahun meninggalkan sekolah menengah, saya tak akan pernah lupakan momen-momen yang ada, baik yang pahit atau pun yang manis. Pelajar mana yang tak pernah buat onar? Setiap pelajar yang ada pasti pernah meninggalkan cabaran untuk para guru.”

“Kalau saya ditanya siapa yang membentuk jati diri saya, jawapan saya… aguru-guru saya. Kalau ibu bapa adalah yang utama dalam hidup saya, guru pula yang pertama dalam hati saya. Mereka faktor pedorong hidup saya. Mereka kunci saya berada di sini,” katanya lagi.

“Ya, saya pernah ditarik telinga. Saya juga pernah dimarahi dengan teruk dihadapan kelas oleh cikgu semasa saya berumur 10 tahun. Apa kesannya kepada saya? Menipu sudah tidak menjadi pilihan buat saya. Kalau ada perkara yang salah, saya akan akui kesalahan saya dan perbetulkan balik. If you do wrong, fix it.”

“Sangat nostalgik, tapi apabila mengenangkan zaman sekolah dulu, setiap apa yang guru lakukan adalah yang terbaik. Saya faham dan jelas akan perkara itu.”

Ini perasaan mereka yang hidup akrab dengan guru kerana berjauhan dengan keluarga ketika tinggal di asrama.

Menyentuh soal isu guru memukul pelajar:
“Isu ini sangat berat. Ia kerap dibuat secara melulu. Tuduhan ini merendahkan martabat guru. Jika kerana nila setitik rosak susu sebelanga, jangan dirosakkan susu dalam belanga yang lain, jangan dicampur-adukkan sekali.”

Sebagai nahasiswa yang dibesarkan dalam zaman moden ini, bekas pelajar asrama ini sangat mengambil berat akan pendidikan di negara ini.

Bukan kerana dirinya kini ingin menjadi seorang guru, tetapi: “Tanpa guru siapalah aku!”

itulah ayat yang digunakannya sebagai penghargaan kepada guru-gurunya dahulu.

Tindakan menyebarkan berita-berita palsu atau komen-komen yang negatif terhadap guru adalah tindakan tidak bertamadun.

Perumpamaan: Jika menghina ibu bapa sangat buruk, inikan pula menghina guru yang berjuang mencurahkan ilmu.

Tidak mungkin di antara kita yang tidak pernah menikmati jasa seorang guru. – MYNEWSHUB.CC

#laskarmalaya

Tags: Gurupelajar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd