• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Disaran Rangka Pelan Pembangunan Belia

oleh AK-47
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak disaran agar merangka pelan tindakan yang komprehensif untuk memperkasakan belia di negeri ini, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Shafiee Ahmad (BN-Daro) berkata belia merupakan aset masa depan negeri dan negara, malangnya masalah sosial termasuk penyalahgunaan dadah di kalangan belia, kini semakin membimbangkan.

“Masalah dadah kini sudah menular ke sekolah-sekolah dan merosakkan masa depan belia,” katanya ketika membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketika merasmikan persidangan DUN.

Sehubungan itu, beliau berkata tindakan drastik perlu diambil bagi menangani masalah ini dan mencadangkan program yang lebih komprehensif bagi golongan belia di Sarawak disebabkan program yang sedia ada kurang berkesan manakala kemudahan latihan untuk belia tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Menyentuh sektor pertanian di negeri Sarawak, Shafiee berkata Jabatan Pertanian perlu memberi keutamaan terhadap projek yang lebih berdaya saing, khususnya produk berasaskan makanan, berikutan pertanian adalah tunjang pembangunan ekonomi, khususnya bagi meningkatkan sosioekonomi dan kualiti hidup masyarakat di luar bandar.

“Ketika ini kebanyakan projek pertanian lebih tertumpu kepada penanaman rumbia yang senang ditanam tetapi kurang memberi impak kepada peningkatan ekonomi penduduk di luar bandar,” katanya.

Beliau juga menyeru agensi terlibat agar lebih proaktif dan kreatif dalam melaksanakan projek pertanian yang bukan sahaja boleh meningkat ekonomi penduduk tetapi hasilnya boleh dijual di pasaran.

Kerajaan juga, katanya, perlu memberi keutamaan kepada pembinaan jalan pesisir pantai bagi memudahkan perhubungan, seterusnya memberi impak tinggi dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup rakyat. – BERNAMA

Tags: Kerajaan SarawakShafiee Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

22/05/2025
0

KUCHING: Notis tuntutan kerajaan Sarawak terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tidak terbatal secara automatik susulan deklarasi yang ditandatangani bersama Kerajaan...

Kerajaan Sarawak Perlu Hormati PDA 1974 – Penganalisis

Kerajaan Sarawak Perlu Hormati PDA 1974 – Penganalisis

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Sarawak seharusnya menghormati perjanjian bersama kerajaan Persekutuan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd