• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Polis Bantah Protes Tentang Mufti & Dr Zakir

oleh AK-47
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Tiga badan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang hari ini meminta polis mengambil tindakan terhadap Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang didakwa cuba menghasut masyarakat India di negeri ini supaya menganjurkan protes besar-besaran di sebuah kuil Hindu di Butterworth, dekat sini Ahad ini.

Pengerusi Pertubuhan dan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) Pulau Pinang Mohd Hilme Ibrahim yang mewakili tiga NGO itu, berkata protes yang dirancang pada pukul 4.30 petang itu adalah bagi menentang seorang mufti dan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik.

“Terdapat dua kain rentang digantung di kawasan Jalan Telaga Air dan Perai, Butterworth yang menghasut masyarakat India supaya menganjurkan protes itu… Kami merasakan penggantungan kain rentang itu mempunyai unsur hasutan.

“Malah penganjuran protes itu juga dibimbangi akan menyebabkan berlakunya ketegangan kaum dan agama serta mengancam perpaduan negara. Jadi kami harap polis dapat menghalang protes itu demi keamanan negara,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini hari ini.

Turut membuat laporan polis itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang dan Persatuan Ibu Tunggal Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: Dr Zakir NaikMufti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd