• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Perlu Teruskan Aksi Di Pyongyang

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun ini, wajar diteruskan sepertimana arahan dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada awal bulan ini.

Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata skuad negara tidak perlu bimbang kerana keputusan dibuat AFC itu telah mengambil kira semua aspek terutama membabitkan keselamatan pemain.

“Bagi saya, keputusan dibuat AFC itu perlu dipatuhi, dan kalau kita lihat kepada faktor politik sekali pun, hubungan antara Malaysia dan Korea Utara telah reda tanpa sebarang pertikaian serius.

“Justeru, saya rasa tiada apa yang perlu dibimbangkan dan pemain perlu menunjukkan komitmen terbaik semasa beraksi nanti,” katanya ketika ditemui Bernama di Kelab Diraja Ipoh di sini, hari ini.

Sebelum ini pada 11 Mei lepas, Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak bersetuju perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan dan Korea Utara di Pyongyang diteruskan sepertimana arahan AFC.

Keputusan itu berdasarkan kebimbangan baginda terhadap faktor keselamatan dan kemudahan pemain berikutan ada beberapa jurulatih bola sepak asing pernah merungut tentang layanan buruk yang diterima mereka sepanjang berada di Korea Utara.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad Zainuddin berkata sekiranya skuad kebangsaan tidak meneruskan aksi di Pyongyang, ​​beliau bimbang FAM akan berdepan tindakan denda US$50,000 selain tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan dianjurkan AFC.

“Jadi saya fikir, kita perlu teruskan dan kalau kejadian tidak diingini berlaku, AFC perlu bertanggungjawab selaku pihak yang menganjurkan perlawanan itu,” katanya.

Beliau juga berharap pemain negara akan mempamerkan prestasi terbaik pada perlawanan berkenaan, dan tidak terganggu dengan masalah yang berlaku sebelum ini, melibatkan kedua-dua negara. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd