• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Terengganu Mahu Tanding 32 Kerusi Dun, Parlimen

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – PAS Terengganu akan bertanding di semua 32 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), umum Pesuruhjaya PAS negeri yang baharu Datuk Husain Awang.

Beliau berkata daripada kesemua kerusi itu, PAS optimis memenangi lebih banyak kerusi berbanding 15 kerusi yang disandangnya di Terengganu ketika ini berikutan sokongan barisan kepimpinan PAS negeri yang baharu selepas rombakan dilakukan PAS Pusat baru-baru ini.

“Kita akan bertanding semua kerusi Parlimen dan DUN negeri. Kita bersedia menghadapi apa jua keadaan dan suasana termasuk pertandingan tiga penjuru,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Husain mengumumkan anggota jawatankuasa baharu Badan Perhubungan PAS Terengganu Sesi 2017-2019 dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Satiful Bahri Mamat yang sebelum ini Pesurujaya PAS Terengganu kini menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I manakala ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri II.

Mengulas mengenai rombakan beberapa barisan kepimpinan PAS negeri oleh PAS Pusat baru-baru ini, Husain menafikan berlakunya perpecahan atau pergolakan dalaman parti seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya menafikan perkara itu sebab tiada sebarang krisis, tiada perpecahan dan perebutan jawatan yang berlaku dalam PAS berkaitan rombakan kepimpinan itu,” katanya.

Sebaliknya, anggota-anggota jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri yang baharu akan memantapkan lagi saf kepimpinan PAS negeri di samping meneruskan legasi peimpin terdahulu.

Ditanya sama ada PAS Terengganu telah menyenaraikan calon bagi semua kerusi yang bakal ditandingi pada PRU akan datang, beliau berkata perkara tersebut belum diputuskan.

Husain juga tidak menolak kemungkinan bertanding pada PRU14. – BERNAMA

Tags: PASPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd