• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Snek Kentang Mencanak Naik Di Jepun

oleh AK-47
15/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EKORAN kekurangan bekalan kentang di Jepun, harga sebungkus keropok ubi di negara matahari terbit itu kini meningkat enam kali lebih mahal dari harga biasa.

Lapor media tempatan, dua syarikat pengeluar utama keropok iaitu Calbee dan saingan utamanya Koike-Ya bakal menghentikan hampir 50 produk snek berasaskan ubi kentang.

Ia ekoran taufan dan banjir yang melanda kawasan pengeluaran kentang di Hokaido tahun lalu menyebabkan hasil penuaian terjejas teruk dalam lebih daripada tiga dekad.

Penghentian jualan turut menyebabkan pengemar snek itu membuat pembelian panik malah habis di banyak pasaraya.

Menurut laporan Bloomberg, sebungkus keropok dijual kira-kira 200 yuan (RM7.65) sebelum itu namun hargnya meninkat lebih daripada 1,250 yen (RM47) sebungkus dalam lelongan dalam talian.

Seorang jurucakap Calbee mengatakan mereka mula mendapatkan kentang dari Amerika Syarikat namun undang-undang di Jepun menghadkan jumlah kentang import yang boleh digunakan dalam produk buatan Jepun.

Jepun mempunyai dasar melindungi ekonominya untuk pertanian selama bertahun-tahun dan kebimbangan terhadap penyakit adalah penyebab utama menyekat import segar.

Bagaimanapun, Jepun masih mengimport kentang dari Amerika Syarikat namun pada bulan tertentu sahaja dalam setahun, dengan syarat ia diproses di kilang-kilang berasaskan berhampiran pelabuhan Jepun.

Selain itu, pemanasan global boleh menyebabkan kemungkinan hasil dalam negeri boleh terjejas teruk dengan lebih kerap disebabkan cuaca.

“Kita tidak tahu bila kita akan dapat untuk menghasilkan semula,” kata jurucakap syarikat Masaya Kawase. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jepunmakanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd