• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: Pahang, Kedah Bakal Gegar Stadium Shah Alam

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perlawanan akhir Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam pada 20 Mei ini, bakal menyaksikan pertembungan di antara juara tiga kali Kedah dan juara dua kali Pahang.

Kedah mara ke final selepas membenam Terengganu 3-0, pada aksi separuh akhir kedua, sekaligus mencatatkan kemenangan agregat 4-0, manakala Pahang pula melangkah ke final dengan kemenangan agregat 3-1 ke atas Negeri Sembilan, selepas menang 2-1 malam ini.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, walaupun turun dengan kelebihan satu gol, Kedah bermula garang dengan menjaringkan gol seawal minit keempat menerusi pemain import dari Albania, Liridon Krasniqi.

Skuad Penyu yang melakukan serangan bertali arus ke atas kubu Kedah, gagal mencari gol penyamaan, malah kealpaan di bahagian pertahanan pasukan itu dihukum menerusi jaringan pemain import dari Denmark, Kenilson Larsen pada minit ke-28.

Skuad Helang Merah yang merupakan juara edisi 1996, 2007 dan 2008 mengesahkan penampilan kelima di pentas final Piala FA apabila penyerang import dari Brazil, Sandro Da Silva Mendonca bijak memperdayakan penjaga gol tuan rumah, Amirul Hakimie Awang pada minit ke-47 untuk menjaringkan gol ketiga pasukan itu.

Sementara itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Pahang turut meraih jaringan awal apabila Heo Jae-Won menanduk masuk bola hantaran Ahmad Syamin Yahya pada minit keenam.

Tersentap dengan jaringan itu, jentera serangan pasukan tuan rumah terus melakukan serangan demi serangan dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain import dari Jepun, Bruno Junichi Suzuki Castanheira pada minit ke-67.

Skuad Tok Gajah kendalian Dollah Salleh bagaimanapun berjaya meningkatkan jurang pada minit ke-90 menerusi D. Christie Jayaseelan untuk meraih kemenangan agregat 3-1.

Untuk rekod, Pahang merupakan juara Piala FA pada tahun 2006 dan 2014, manakala bagi edisi 1995, skuad Tok Gajah tewas 1-3 kepada Sabah.

Pada aksi final yang akan bermula pada pukul 9 malam itu, Pahang akan turun selaku tuan rumah, manakala Kedah selaku pasukan pelawat. – BERNAMA

Tags: Kedah FAPahang FAPiala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd