• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairil Aslan Gementar Tamatkan Misi Esok

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Rasa resah dan gementar tetap menyelubungi perasaan pendaki solo negara Khairil Aslan Ab Rasid walaupun selepas 28 hari melaksanakan ekspedisi kayuhan solo ‘Dari Masjid Ku Menjelajah 2017’ dan bakal menuju penghujungnya esok.

Beliau berkata perasaan bercampur baur itu mula dirasakan setelah melihat harapan diluahkan masyarakat serta komuniti masjid yang ingin melihatnya menyelesaikan misi murni itu dengan nota gemilang.

“Setelah berkayuh lebih 2,700 kilometer dengan jaya, saya masih ada perasaan resah dan gementar tentang perjalanan hari esok.

“Walaupun jarak kayuhan esok tidaklah jauh tetapi ia merupakan jawapan kepada permulaan, kesukaran, kejayaan serta harapan yang dihasratkan masyakat yang ditemui dan itu menjadikan saya semakin gementar,” katanya kepada Bernama setelah tiba di Masjid Sultan Hisamudin, Bandar Baru Salak Tinggi di sini dari Masjid Bagan Pinang, Negeri Sembilan hari ini.

Khairil Aslan, 42, yang memulakan kayuhan menjelajah Semenanjung Malaysia bermula di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor sejak 16 April lepas, telah singgah hampir 200 masjid sepanjang kayuhannya setakat ini.

Mengulas lanjut, anak jati Taiping, Perak itu berkata kayuhan akhir ke Masjid Bandar Seri Putra esok diibaratkan perjalanan membawa ‘satu uncang’ yang berisi 1001 kisah suka dan duka serta harapan masyarakat yang dinantikan untuk dipersembahkan kepada umum.

Bagaimanapun, beliau yakin kejayaan dalam misinya menyedarkan masyarakat mengenai peranan masjid dan bagaimana meraikan musafir menjadi tonik penting dalam menguatkan keazaman menamatkan misi itu dengan penuh gemilang.

“Selepas berkayuh selama seminggu, impian dan sasaran saya untuk berkongsi dengan masyarakat bahawa masjid bukan semata-mata tempat beribadah sebaliknya melangkaui kefahaman umum mula membuahkan hasil apabila ramai yang ditemui mengakui misinya menyedarkan ramai pihak tentang peranan masjid dalam konteks lebih luas.

“Walaupun komuniti masjid biasa dengan musafir tetapi misi yang saya lakukan membuatkan pengurusan rumah ibadah orang Islam mula melihat aspek lebih luas bagaimana untuk menyantuni musafir,” katanya.

Khairil Aslan berkata apa yang menggembirakannya ialah misinya tidak terhad kepada persinggahan di masjid sahaja apabila beliau dihubungi beberapa pihak untuk singgah dan bermalam di lokasi persendirian seperti chalet dan sekolah.

“Sepanjang perjalanan, saya singgah di lima sekolah bagi berkongsi pengalaman, pusat tahfiz, sekolah agama atau pondok serta pusat komuniti masyarakat, katanya yang berazam merakamkan pengalaman dengan menghasilkan buku bergambar dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kayuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kayuhan MEX Pertama Tarik 1,800 Peserta

02/08/2018
0

KUALA LUMPUR – Acara berbasikal "”Kayuhan MEX 2018" yang pertama kali diadakan pada 12 Ogos depan menarik seramai kira-kira 1,800...

Wan Hashim Mulakan Kayuhan Solo Kali Ketujuh

08/04/2018
0

KOTA BHARU - Warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, bersemangat memulakan cabaran kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd