• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Kawasan Di George Town Dilanda Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di sekitar George Town dilanda banjir kilat hari ini selepas hujan lebat lebih sejam di kawasan berkenaan.

Hujan lebat bermula 11.30 pagi itu, membuatkan paras air naik sehingga kira-kira 50 sentimeter dan antara kawasan terjejas ialah Jalan P Ramlee, Jalan Pahang, Jalan Langkawi, Kampung Dodol, Bagal Jermal dan Tanjong Tokong.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berkata selepas hujan lebat kira-kira 30 minit, pihaknya mengambil langkah segera dengan melakukan pemantauan dan bersiap sedia menghulurkan bantuan di kawasan yang dilanda banjir.

“Bagaimanapun, tiada penduduk di kawasan yang dilanda banjir dipindahkan dan hujan berhenti kira-kira pukul 1 tengah hari. Air juga sudah surut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Banjir kilat itu turut menyebabkan kenderaan di laluan itu terjejas dan ada yang terpaksa ditarik menggunakan kenderaan penarik kereta.

Seorang mangsa banjir di Bagal Jermal, Siti Rahmah Awang, 42, berkata rumahnya dinaiki air hingga paras lutut dan beberapa barangan rosak kerana tidak sempat diselamatkan.

“Waktu hujan lebat tu, saya dan tiga anak sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum suami yang baru balik kerja maklumkan air banjir sudah masuk di bahagian dapur.Kami terus mengalihkan barang elektrik ke tingkat dua rumah.

“Cuma ada beberapa barang seperti sofa dan kabinet tidak sempat diselamatkan. Ini kali ketiga banjir kilat di kawasan rumah kami, saya harap pihak berkenaan dapat ambil tindakan segera bagi mengatasi banjir kilat di sini,” katanya. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd