• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasi Dagang Terengganu Tembusi Pasaran Australia

oleh
13/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Nasi dagang sejuk beku keluaran T-Kitchen, sebuah anak syarikat Menteri Besar Terengganu Incorporated bakal dipasarkan di seluruh Australia pertengahan tahun hadapan.

Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu Tun Ahmad Faisal Tun Razak berkata, usaha itu adalah selari dengan hasrat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang melawat Australia baru-baru ini.

Ia untuk memperkenalkan makanan tradisional tempatan sebagai salah satu produk pelancongan. Malah ujarnya, di samping nasi dagang sejuk beku, kerepok lekor sejuk beku juga mendapat permintaan tinggi di Australia sendiri.

“Beliau (Ahmad Razif) berhasrat untuk memperluaskan pemasaran nasi dagang sejuk beku di seluruh Australia, di mana terdapat pelajar-pelajar Malaysia sebagai “ejen promosi pelancongan negeri” secara tidak langsung.

“Ini kerana pelajar-pelajar kita pada masa yang sama mampu memperkenalkan tempat-tempat menarik yang ada di Terengganu di samping makanan enak yang terdapat di negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tun Ahmad Faisal berkata bahawa salah satu daya tarikan untuk membawa pelancong asing datang ke Terengganu sempena program Visit Beautiful Terengganu 2017 ialah menerusi produk makanan yang enak serta unik.

Tambah beliau, nasi dagang Terengganu menjadi makanan pilihan untuk dipasarkan di luar negara secara komersial kerana ia sudah menjadi sinonim dengan imej dan nama negeri Pantai Timur tersebut sendiri sejak sekian lama.

“Ke mana sahaja kita pergi, sebut Terengganu, orang pasti akan menyebut nasi dagang. Kalau Sarawak terkenal dengan mee kolok dan laksa Sarawak, Terengganu terkenal dengan nasi dagang dan kerepok lekor,” ujarnya lagi.

Tambah Tun Ahmad Faisal, selain pembungkusan yang menarik serta mempromosikan tempat pelancongan dalam Terengganu, terdapat beberapa produk makanan lain lagi yang dicadangkan untuk dieksport ke luar negara.

“Namun, produk itu masih dalam peringkat kajian seperti mana diarahkan menteri besar sendiri supaya ia tahan lama untuk disimpan dan enak lagi dimakan bagi menjaga kualiti,” kata beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahmannasi dagangTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd